Ahli majlis pantau saliran belum diselenggara
ALOR GAJAH 27 Oktober – Ahli Majlis setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diminta memainkan peranan untuk memantau sistem perparitan dan saliran yang masih belum diselenggara bagi mengurangkan risiko banjir terutama pada musim Monsun Timur Laut.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, jika ada lokasi belum diselenggara maklumat itu akan disalurkan kepada Yang Dipertua PBT berkenaan untuk tindakan lanjut.
“Peranan yang dimainkan oleh Ahli Majlis ini akan membantu PBT mendapatkan maklumat semasa dan terkini mengenai penyelengaraan yang perlu dilakukan.
“Semua ini bagi memastikan saliran dibawah tanggungjawab PBT diselenggara dan dibersihkan untuk melancarkan aliran air ketika hujan lebat,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat MPAG, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Sulaiman berkata, bilik gerakan banjir, PBT dan agensi berkaitan lain juga sudah bersedia 100 peratus untuk menghadapi sebarang kemungkinan bencana itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WIFI PERCUMA DI DUA MASJID
ASAHAN 20 Januari - WiFi percuma Negeri Melaka akan disediakan di Masjid Al-Aminin Sungai Tuang dan Masjid As-Safwan Kampung Telok...
TIGA TAMAN MADANI DI AYER KEROH
AYER KEROH 20 Januari - Tiga lagi Taman Madani dijangka dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh sepanjang...
TAPAK HIASAN TAHUN BAHARU CINA SIMBOLIK PENGUKUHAN SEMANGAT PERPADUAN, KEHARMONIAN
AYER KEROH 19 Januari - Usaha penganjuran tapak hiasan bersempena Tahun Baharu Cina perlu diteruskan sebagai simbolik pengukuhan semangat perpaduan...
MAJLIS TVET MELAKA PERLUAS KERJASAMA INDUSTRI, BERI LEBIH BANYAK PELUANG
JASIN, 19 Jan - Kerajaan negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka akan memperluas jaringan kerjasama...
UMPAN KEDAI RM2 PUJUK ANAK KHATAN
ASAHAN 19 Januari - Seorang ibu Shahirah Roslan,36, bertindak mengumpan anaknya dengan membeli mainan di kedai serbaneka RM2 sebagai imbuhan...
RV PARK BUKIT SERINDIT PENUHI KEPERLUAN ASAS PEMINAT KARAVAN
DUYONG 18 Januari - Recreational Vehicle (RV) Park Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit memenuhi keperluan asas peminat karavan di Malaysia...