Sorting by

×

‘Ah long’ silap rumah

Masa Membaca:1 Minit, 31 Saat

TANJUNG KLING 8 April- Tujuh sekeluarga dari Lorong Haji Ariffin, Batu 7, Tanjung Kling, yang bangun untuk bersahur pagi tadi, kebingungan selepas mendapati dua kereta milik mereka yang diparkir di luar rumah disimbah cat merah.

Md Deris Salleh, 62, berkata, bahagian sisi kanan Proton Persona menantu dan Proton Saga anak perempuan, lantai serta tangga rumah dibasahi cat merah berkenaan.

Katanya, kejadian disedari isterinya Jamilah Baba, 62, selepas bangun pada jam 4.30 pagi untuk menyediakan hidangan bersahur.

NOTA dalam tulisan bahasa Cina ditemui di luar rumah.

“Terdapat kertas mengandungi tulisan Cina bermaksud ‘Saya bakar rumah awak kalau awak tak balas mesej saya’ berserta nombor telefon luar negara atas nama ‘Mikey Keat’ ditinggalkan di pagar rumah.

“Saya syak ini angkara along salah alamat, ataupun ‘scammer’ yang hanya inginkan perhatian sebab apabila anak saya hubungi nombor yang tertera pada nota yang ditinggalkan itu, individu tersebut terus meminta RM10,000.

“Alamat yang dinyatakan dalam nota tersebut juga bukan rumah ini dan mungkin mereka tersilap memberi orang ,” katanya ketika dihubungi Melaka Hari Ini.

CAT merah disimbah pada tangga

Dalam pada itu, Md Deris berkata atas sebab keselamatan dia bersama anak dan menantu membuat laporan di Balai Polis Tanjung Kling.

Mejar bersara itu berkata, sebelum kejadian, dia tidak mendengar sebarang bunyi kenderaan atau perkara aneh berlaku sekitar kediamannya itu.

“Biasa kalau ada kereta atau motosikal masuk ke kawasan rumah, kami akan perasan kerana jarak antara kediaman di kawasan ini adalah berhampiran.

“Syukurlah si pelaku tidak mengapa-apakan ahli keluarga, itu pun saya dah bersyukur, saya anggap ini ujian buat kami sekeluarga Ramadan ini,” katanya.

Md Deris menyatakan rasa lega berikutan cat merah digunakan adalah jenis kapur yang boleh dibersihkan dan ditanggalkan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1964
Kongsi :
Previous post UTeM komited kukuhkan hubungan strategik dengan kerajaan negeri
Next post Mahkamah kembalikan pasport Ahmad Zahid untuk mengerjakan umrah
Ubah saiz-+=