
Ah Long dicekup
AYER KEROH 8 Dis. – Tindakan seorang lelaki dipercayai Ah Long yang mengganggu peminjam dan keluarganya membawa padah apabila dia dicekup polis pada Sabtu.
Lelaki terbabit berusia 36 tahun ditahan sepasukan polis di Jalan Merdeka, Banda Hilir, selepas menerima laporan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial E Sundra Rajan berkata, laporan polis itu dibuat pada Jumaat di Balai Polis Tengkera, oleh seorang wanita berusia 24 tahun pada Jumaat.
Beliau berkata, mangsa yang juga seorang pelajar mendakwa didatangi seorang lelaki kira- kira jam 12 tengah hari pada Jumaat, ketika berada dirumahnya di Kota Laksamana.
“Lelaki terbabit menunjukkan sekeping gambar serta nombor kad pengenalan kakak mangsa dan memaklumkan yang kakaknya telah meminjam wang daripada suspek dan gagal membuat bayaran balik.
“Suspek kemudian turut bertindak mengambil gambar rumah mangsa serta menampal poster gambar kakaknya di tiang- tiang elektrik di kawasan Taman Kota Laksamana,” katanya.
Sundra Rajan berkata, susulan itu tangkapan keatas suspek dibuat pihaknya dan kes disiasat mengikut Seksyen 29B (1) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 (Akta 400).
“Suspek kini direman dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah untuk membantu siasatan.
“Oleh itu pihak polis mengingatkan orang ramai agar tidak terjebak dengan kumpulan pemberi pinjaman tidak berlesen selain mereka yang menghadapi masalah kewangan supaya membuat pinjaman dengan institusi yang sah,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MAPEX 2025 TAWAR RUMAH SERENDAH RM99,000 UNTUK ORANG MELAKA
AYER KEROH 17 April - Pelbagai jenis rumah dan hartanah pada harga serendah RM99,000 ditawarkan di Ekspo Perumahan dan Hartanah...
ZOO MELAKA SAMBUT KELAHIRAN HARIMAU KUMBANG JANTAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menerima kehadiran 'ahli baharu' selepas seekor harimau kumbang jantan selamat dilahirkan, baru-baru ini....
92 MURID, PELAJAR BERENTAP PADA KEJOHANAN GOLF MSSNM
AYER KEROH 17 April - Seramai 92 peserta mewakili 41 buah sekolah rendah dan menengah berentap pada Kejohanan Golf Majlis...
HARGA TIKET ZOO MELAKA DITURUNKAN
AYER KEROH 17 April - Zoo Melaka menurunkan harga tiket ke taman haiwan itu sepanjang tahun ini. Yang Dipertua Majlis...
MENARA TAMING SARI KEKAL DINAMIK SELEPAS 17 TAHUN
BANDA HILIR 17 April - Selepas 17 tahun ditubuhkan reputasi Menara Taming Sari sebagai ikon pelancongan utama Melaka perlu dikekalkan...
TAMAN TEMA SALJI MERCU PELANCONGAN BAHARU MELAKA
AYER KEROH 17 April - Taman Tema Salji yang pertama di Malaysia kini beroperasi di Melaka, sekali gus menjadi satu...