Agong zahir tahniah kepada SPRM sempena ulang tahun ke-53
KUALA LUMPUR 3 Okt. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersempena sambutan ulang tahun ke-53 agensi itu pada 1 Okt lalu.
Istana Negara dalam catatan Facebook rasmi memaklumkan Seri Paduka amat menyanjung tinggi khidmat bakti dan jasa yang dicurahkan warga SPRM, termasuk bekas kakitangannya dalam perjuangan memerangi jenayah rasuah.
“Al-Sultan Abdullah menzahirkan keyakinan penuh warga SPRM akan terus memikul tanggungjawab dan tugas dengan baik dan penuh integriti serta sentiasa bersedia menghadapi cabaran terkini dalam usaha-usaha membanteras jenayah rasuah,” demikian menurut catatan itu.
Dalam catatan itu, Al-Sultan Abdullah menyarankan semua lapisan rakyat memberi sokongan padu kepada SPRM untuk melaksanakan tanggungjawab dengan telus, profesional dan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Seri Paduka juga menyeru rakyat untuk mengukuhkan lagi iltizam bagi memerangi ancaman rasuah sebagai musuh nombor satu negara.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...
ADVOKASI, KESEDARAN TANGANI BULI SIBER
PENGKALAN BATU 14 Januari - Kesedaran tentang buli siber harus dipupuk bermula di peringkat sekolah rendah kerana kanak-kanak di bawah...
JANGAN JADIKAN RUMAH ‘LUBUK’ SAMPAH
PANTAI KUNDOR 15 Januari - Pemilik premis kediaman di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Kundor diingatkan supaya sentiasa menjaga...