
Agong tunai solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu
Oleh: Iqmal Haqim Rosman
MELAKA 21 Julai – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan hadir bagi menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu, Melaka.
Seri Paduka Baginda tiba pada jam 1.08 tengah hari tadi dengan memakai baju melayu berwarna coklat.
Turut mengiringi, Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Hadir sama, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim dan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Datuk Wira Md Rawi Mahmud.
Solat Jumaat dan khutbah dipimpin oleh Mufti Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil.

Selesai solat Jumaat, Seri Paduka Baginda berkenan meluangkan masa bersalaman dengan jemaah selain mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf, anak yatim dan kanak-kanak.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASYARAKAT BERBILANG KAUM SERONOK, BANGGA JADI ANAK MELAKA
AYER KEROH 5 April - Luar biasa, penuh kemeriahan hari raya. Itu antara reaksi pengunjung berbilang kaum yang hadir ke...
AYDA JEBAT LEPAS RINDU DAPAT MENYANYI DI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat mengakui teruja dan seronok apabila dapat membuat persembahan di...
GERAI JAGUNG MANIS JADI TUMPUAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN RIM
RIM 5 April - Jagung manis rebus menjadi menu pilihan dalam tetamu yang hadir memeriahkan Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan...
3 TAN JAMBU MELAKA UNTUK PENGUNJUNG SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI 2025
AYER KEROH 5 April - Sebanyak tiga tan jambu lohan yang merupakan produk ikonik Negeri Melaka dijamu kepada tetamu Majlis...
SEDONDON BERBAJU RAYA KE SAMBUTAN AIDILFITRI MADANI MELAKA
AYER KEROH 5 April - Kemeriahan Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Bersama YAB Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Antarabangsa...
PELANCONGAN MELAKA JANA PENDAPATAN RM12.68 BILION
AYER KEROH 5 April - Penganjuran Tahun Melawat Melaka tahun lalu menyaksikan sektor pelancongan negeri ini terus meroket apabila mencatat...