Sorting by

×

Agong terima watikah 19 perwakilan asing ke Malaysia

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KUALA LUMPUR, 25 April – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 19 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah Pelantikan dan Majlis Menghadap itu.

Ketua-ketua perwakilan asing berkenaan ialah Joana Veneranda Amaral dari Timor-Leste, Takahashi Katsuhiko (Jepun), Saad Maandi (Algeria), Ricardo Estanislao Morote Canales (Peru), Dabare Liyanage Sumangala Dias (Sri Lanka) dan Constance Chemwayi (Zimbabwe).

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima watikah pelantikan 19 ketua perwakilan asing ke Malaysia, di Istana Negara di sini. Foto Facebook Istana Negara

Ketua-ketua perwakilan asing lain ialah Sentle Kenneth Rabale dari Lesotho, Wayne Mitchell Robson (Kanada), Agostinho André De Carvalho Fernandes (Angola), Riadh Dridi (Tunisia), Maynor Jacobo Cuyún Salguero (Guatemala), Lars Bo Larsen (Denmark) dan Rwamucyo Ernest (Rwanda).

Yang lain ialah Alem Tsehaye Woldemariam (Eritrea), Leko Ado (Niger), Belmiro José Malate (Mozambique), Apostolos Baltas (Greece), Amenatave V. Yauvoli (Fiji), serta Petar Dimitrov Andonov (Bulgaria).

Hadir sama pada istiadat itu Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1041
Kongsi :
Previous post Pekerja balak bakar kereta polis direman tujuh hari
Next post Tol percuma, diskaun tol sehingga 50 peratus di 30 lebuh raya
Ubah saiz-+=