Sorting by

×

Agong santuni, kurnia sumbangan kepada 10 keluarga di Rompin

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

KUALA LUMPUR 6 Ogos – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada 10 keluarga yang memerlukan bantuan di Kampung Gading, Rompin, Pahang, semalam.

PRIHATIN Al-Sultan Abdullah menyantuni seorang warga emas yang terlantar. Foto – FB Istana Negara

Istana Negara menerusi laman Facebook rasmi hari ini memaklumkan, Seri Paduka berkenan mengurniakan sumbangan barangan keperluan harian dan wang tunai kepada 10 keluarga tersebut yang terdiri daripada golongan asnaf, warga emas serta ibu tunggal dalam lawatan selama dua jam.

AL-SULTAN Abdullah (tengah) beramah mesra dengan warga emas yang memerlukan bantuan. Foto – FB Istana Negara

“Selain mengurniakan sumbangan, Seri Paduka turut berkenan meluangkan masa di setiap rumah dan menyantuni ahli-ahli keluarga tersebut yang mencerminkan keperibadian tinggi Baginda terhadap golongan yang memerlukan.

“Semoga sumbangan Seri Paduka ini dapat meringankan beban yang ditanggung mereka terutamanya dalam menghadapi tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa Satu yang dilaksanakan oleh kerajaan,” menurut hantaran itu yang turut memuat naik beberapa keping gambar lawatan tersebut.

Keberangkatan Seri Paduka itu diiringi Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

345
Kongsi :
Previous post MUFC elak ulangi ‘skrip’ bolos awal
Next post Produk inovasi tiga beradik rangkul pingat emas
Ubah saiz-+=