
Agong, Raja Permaisuri ucap selamat menyambut Thaipusam
KUALA LUMPUR, 18 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat Hari Thaipusam kepada semua penganut Hindu yang menyambut perayaan itu hari ini.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua menzahirkan harapan agar hari yang bermakna kepada semua penganut Hindu itu diraikan dengan penuh keceriaan dan kedamaian di samping mengutamakan keselamatan diri dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.
“Semoga sambutan Thaipusam pada tahun ini terus memupuk semangat perpaduan sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa,” menurut hantaran itu.- BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
TIGA PEKERJA MAUT SEMASA KERJA PEMBERSIHAN DALAM LUBANG PEMBETUNG DI LENGGONG
IPOH 6 April - Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung, semasa melaksanakan kerja...
POLIS BURU DUA LELAKI RAGUT SURI RUMAH
MELAKA 6 April - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam,...
GADIS OKU HILANG SELEPAS KELUAR BERMAIN DI TAMAN PERMAINAN
MELAKA 6 April - Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang mengalami masalah pembelajaran berusia 18 tahun dilaporkan hilang selepas...
KEBAKARAN PUTRA HEIGHTS: PENILAIAN AKHIR FIZIKAL KEDIAMAN TERJEJAS SELESAI – KP BOMBA
KUALA LUMPUR 6 April - Kerja-kerja penilaian akhir fizikal bagi kediaman terjejas insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang...
AMARAN RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DI KEBANYAKAN NEGERI SEHINGGA 5 PETANG
KUALA LUMPUR 6 April - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang...
TERPERDAYA SKIM PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD, PENGURUS SYARIKAT HILANG LEBIH RM650,000
JOHOR BAHRU 6 April - Seorang pengurus syarikat berputih mata apabila wang simpanan berjumlah RM651,800 lesap, selepas terperdaya dengan skim...