
Agong, Raja Permaisuri kongsi gambar cucuanda baharu diputerakan
KUALA LUMPUR, 3 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah hari ini berkenan berkongsi gambar dua cucunda Seri Paduka Berdua yang selamat diputerakan baru-baru ini.
Istana Negara dalam perkongsian di Facebook turut berkongsi nama kedua-dua cucunda Seri Paduka Berdua.
Kedua-dua bayi berkenaan didukung Seri Paduka menerusi gambar yang dimuat naik, diberi nama Tengku Nuh Muhammad Shah Ibni Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser yang diputerakan Isnin lepas, manakala Tengku Aleya Norlini Tengku Abu Bakar Ahmad, semalam.
Menurut Istana Negara, Tengku Nuh Muhammad Shah adalah anakanda ketiga Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Manakala Tengku Aleya Norlini pula adalah anakanda kedua Tengku Abu Bakar Ahmad dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
PENGASUH DIDAKWA BUNUH KANAK-KANAK PEREMPUAN TIGA TAHUN
KUANTAN, 12 Mac - Seorang pengasuh didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak perempuan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....