Agong, Permaisuri ziarah keluarga pengiring bermotosikal yang maut kemalangan
KUALA LUMPUR, 15 Jan – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Seri Kembangan, Selangor menziarahi keluarga pengiring bermotosikal Seri Paduka, Sarjan Suhaimi Zakaria yang maut dalam kemalangan jalan raya ketika bertugas di ibu negara, semalam.
Menerusi catatan di Facebook Istana Negara, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.
“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” menurut catatan itu.
Seri Paduka berdua juga amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sepanjang bertugas di Istana Negara.
Allahyarham Suhaimi yang berasal dari Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan mula bertugas di Istana Negara pada 2019.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...
GADEK HOTSPRING LAIN DARI YANG LAIN – PENGUNJUNG
GADEK 22 Januari - Kompleks Air Panas Gadek yang kini dikenali sebagai Gadek Hotspring Wellness & Spa Resort telah dilancarkan...
RESTORAN TERAPUNG MENDAM BERAHI PPSPM BEROPERASI FEBRUARI DEPAN
BANDARAYA MELAKA 22 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bakal melancarkan Restoran Terapung Mendam Berahi (RTMB) dalam...
DUA NELAYAN TELOK MAS HILANG 7 HARI DITEMUI SELAMAT DI DUMAI
TELOK MAS 22 Januari - Dua nelayan yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat ikan di perairan Pulau Undan pada 15...