Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Wan Junaidi
KUALA LUMPUR, 28 Mei – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar atas pemergian isterinya Datin Seri Feona Sim @ Norjanah semalam.
“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat-Nya ke atas roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman,” menurut catatan di Facebook Istana Negara hari ini.
Allahyarhamah Feona yang berusia 70 tahun disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalaman di sebuah pusat perubatan swasta di Kuching, Sarawak pada pukul 6 petang semalam.
Allahyarhamah mendirikan rumah tangga dengan Wan Junaidi yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), pada 9 Sept 1972 dan dikurniakan tiga anak perempuan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PERCUBAAN SEBULAN ‘NO RIGHT TURN’ DI JALAN SYED ABDUL AZIZ
DUYONG 19 Januari - Tempoh percubaan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di Jalan Syed Abdul Aziz dan Persimpangan...
‘NADI’ KUALA LINGGI SIAP FEBRUARI INI
KUALA LINGGI 19 Januari - Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi bakal menerima satu Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI)...
RV LONJAK EKONOMI PELANCONGAN MELAKA
DUYONG 19 Januari - Kerajaan Negeri giat berusaha melonjakkan ekonomi pelancongan negeri melalui tarikan baharu Recreational Vehicle (RV) yang kini...
MELAKA ANJUR JAMBOREE KARAVAN TERBESAR SEPTEMBER DEPAN
DUYONG 19 Januari - Lebih 1,000 peminat karavan dijangka akan berkampung di Melaka bagi memeriahkan program Jamboree Karavan, September depan....
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...