Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah atas pemergian bekas pelumba basikal, Ishak Alwi

Masa Membaca:49 Saat

KUALA LUMPUR 9 Ogos- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas pelumba basikal kebangsaan, Ishak Alwi yang meninggal dunia, kelmarin.

Istana Negara dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham sabar serta tabah menghadapi dugaan pilu itu.

“Jasa, khidmat serta bakti Allahyarham kepada negara amat dihargai dan pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada sukan lumba basikal negara.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin,” katanya dalam kenyataan itu.

Allahyarham adalah adik kepada seorang lagi pelumba basikal negara, Rosman Alwi, terkenal dengan acara pecut dan satu kilometer ujian masa pada era 80-an.

Allahyarham juga pernah mewakili pasukan lumba basikal kebangsaan di Kejohanan Remaja Dunia di Paris, Perancis pada 1984.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

832
Kongsi :
Previous post Tiada PRK DUN Melor
Next post Terima kasih untuk kasih sayang ini…
Ubah saiz-+=