
Agong, Permaisuri zahir ucapan Ramadan, seru umat Islam gandakan ibadah
Turut menzahirkan ucapan itu ialahĀ Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Bersempena ketibaan Ramadan, Al-Sultan Abdullah menyeruĀ umat Islam mengaut keberkatan di bulan mulia ini untuk meneguhkan ketakwaan dalam diri dan menggandakan ibadah serta amalan.
āSeri Paduka Baginda turut menyeru umat Islam di Malaysia mengimarahkan bulan yang penuh dengan keberkatan ini dengan pelbagai bentuk pengisian bermakna dan memperkukuhkan lagi ukhuwah sesama insan.
āSeri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga kehadiran bulan yang mulia ini turut disambut dengan rasa insaf dan syukur atas ujian, rahmat serta nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita,ā menurut catatan di laman Facebook Istana Negara, hari ini.
Sementara itu, Al-Sultan Abdullah menasihati rakyat supayaĀ tidak leka dan beristiqamah mengamalkan kawalan kendiri dalam mencegah penularan COVID-19 meskipun negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik.
Umat Islam di negara ini juga dinasihatiĀ supaya terus cekal mengharungi ujian penularan COVID-19 dan berdisiplin mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi fasa peralihan tersebut.
Titah Seri Paduka, rakyat dinasihati memastikan diri dan keluarga tersayang dilindungi dengan pengambilan dos vaksin penggalak COVID-19.
āSeri Paduka Baginda berdua mengajak seluruh umat Islam mengambil keberkatan Ramadan untuk bersama Baginda berdua mendoakan semoga Malaysia terus dirahmati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah serta penularan COVID-19 dapat diakhiri dengan segera,ā menurut catatan itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.