Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada skuad dodgeball lelaki negara
Turut menzahirkan ucapan tahniah ialah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi kenyataan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua menzahirkan rasa sukacita dan bangga atas kejayaan tersebut sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.
“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pemain negara, Carlos Goonting yang turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai kejohanan.
“Seri Paduka Baginda berdua juga menzahirkan harapan semoga pencapaian ini akan membakar semangat pemain untuk terus berlatih dan bekerja keras untuk kejohanan-kejohanan mendatang serta menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada skuad Dodgeball negara dan mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan.
Pada perlawanan berlangsung di Pusat Sukan Komuniti Saville, Edmonton itu, skuad lelaki negara yang berada pada ranking pertama dunia mencipta sensasi apabila mengungguli kejohanan tersebut dengan menewaskan pihak lawan 10-5 sekali gus mengulangi kejayaan pada edisi 2017 dan 2018.
Skuad lelaki sebelum ini bergelar naib juara di Cancun, Mexico pada 2019. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.