
Agong, Permaisuri ucap tahniah kepada Pearly Tan – Thinaah raih emas di Birmingham
KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada beregu badminton wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah yang merangkul pingat emas ketujuh negara pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham, semalam.
Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara, hari ini.
Kejayaan menghadiahkan pingat emas pada hari terakhir temasya diraih selepas pasangan itu mengalahkan beregu dari England, Chloe Birch-Lauren, Smith 21-5, 21-,8 pada aksi final di Pusat Pameran Nasional (NEC).
Malaysia melengkapkan kempen temasya sukan Komanwel Birmingham dengan mengumpul tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
RAPATKAN JURANG DIGITAL PENDUDUK KAMPUNG
RIM 20 April - Pembinaan menara telekomunikasi baharu sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim akan merapatkan lagi jurang digital dan...
MPHTJ GEMPUR PENIAGA WARGA ASING
AYER KEROH 20 April - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya akan terus mempergiatkan operasi bagi membanteras peniaga warga asing yang...
LUAR BIASA MERIAH, LEBIH 50,000 BERAYA DENGAN KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Meriah dan luar biasa! Itu gambaran suasana Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka...
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA MALAM INI?
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza dikatakan menjadi antara tetamu jemputan yang bakal...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...