Agong kurnia watikah pelantikan TYT Melaka Ketujuh kepada Mohd Ali
KUALA LUMPUR 4 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka ketujuh kepada Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam di Istana Negara.
Pelantikan bekas Ketua Menteri Melaka itu berkuat kuasa hari ini sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Dr Mohd Khalil Yaakob yang tamat tempoh perkhidmatan hari ini.
Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Mohd Ali.
Istiadat pengurniaan yang berlangsung petang ini turut disaksikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md Ali dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Selepas istiadat itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan berangkat ke Majlis Santapan Petang Sempena Pelantikan TYT Yang Di-Pertua Negeri Melaka di dewan santapan.
Mohd Ali, 70, yang merupakan anak jati Bukit Katil, pernah berkhidmat sebagai ketua menteri Melaka dari 1999 hingga 2013.
– BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
NIKMATI KEINDAHAN SENJA DARI ATAS MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 22 Januari - Menara Taming Sari menawarkan pakej menarik kepada pengunjung yang mahukan kelainan dengan menikmati panorama matahari...
MAIM ANJUR ‘FREE MARKET’ DI MERLIMAU, ESOK
AYER KEROH 22 Januari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) akan menganjurkan program Free Market di perkarangan Pejabat FAMA, daerah...
BERAS MELAKA BAKAL DIPASARKAN, HANYA RM26 SEKAMPIT
MERLIMAU 22 Januari - Kerajaan Negeri bakal mengeluarkan beras putih tempatan dikenali sebagai Beras Melaka dalam usaha membantu menambah stok...
PERUBAHAN PORTFOLIO EXCO MELAKA TETAP BERLAKU – KM
ASAHAN 22 Januari - Rombakan portfolio Exco Kerajaan Negeri tetap akan dilakukan bagi memberi keseimbangan dalam tugas dan tanggungjawab setiap...
KEBUN DURIAN JADI PRODUK PELANCONGAN MELAKA
ASAHAN 22 Januari - Kerajaan Melaka menyokong usaha mana-mana pengusaha durian yang ingin menjadikan kebun mereka sebagai produk ekopelancongan di...
PROGRAM TVET BANTU ANAK MELAKA MILIKI SIJIL KEMAHIRAN
RIM 22 Januari - Kerajaan Negeri akan memastikan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak tercicir dan berpeluang menyambung pelajaran...