Agong dan Permaisuri terima menghadap barisan EXCO Melaka

Masa Membaca:57 Saat

BANDARAYA MELAKA 22 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba di Hotel Doubletree bagi menerima menghadap barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Ketibaan baginda berdua di perkarangan lobi hotel berkenaan pada jam 12.12 tengah hari disambut Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan isteri, Toh Puan Asmah Abd Rahman.

Hadir sama menyambut ketibaan pasangan diraja itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan isteri, Datin Seri Utama Munira M Yusop.

Kenamaan lain turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zaidi Johari dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Selesai sesi menghadap bagi memperkenalkan barisan MMKN itu berlangsung Seri Paduka berdua berangkat untuk bersemayam.

Al-Sultan Abdullah dijadual berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Selat, Melaka bersama Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Selain itu Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dijadualkan berkenan melawat Bazar Ramadan Peringgit sebelum berangkat menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-Azim pada sebelah petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1294
Kongsi :
Previous post Agong dan Permaisuri tiba di Melaka
Next post Klinik bergerak mingguan buat gelandangan di Melaka
Ubah saiz-+=