Agong berkenan serah sumbangan peribadi buat mangsa banjir di PPS Kampung Baru
KUALA LUMPUR, 8 Mac – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menyerahkan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, di sini.
Istana Negara menerusi perkongsian di laman Facebook rasminya memaklumkan sumbangan berkenaan disampaikan oleh Juruiring Tentera Darat Baginda, Brigadier Jeneral Datuk Sharizan Wan Chik.
“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” menurut kenyataan itu.
Semalam beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan penduduk yang terjejas terpaksa dipindahkan ke PPS.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
5 PREMIS JUDI DI JASIN DIPOTONG BEKALAN ELEKTRIK
JASIN 8 November - Bekalan elektrik ke lima premis disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian dalam talian sekitar daerah ini dipotong...
PESTA KONVO UTEM DIJANGKA GAMIT 50,000 PENGUNJUNG
DURIAN TUNGGAL 8 November - Seramai 50,000 pengunjung dijangka membanjiri Pesta Konvo Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 2024 (PESKOUTeM20) yang...
MTL DIJANGKA KEMUNCAK PADA PENGHUJUNG NOVEMBER
PUTRAJAYA 8 November - Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan yang tinggi di...
PERKHIDMATAN KESIHATAN PSH DIIKTIRAF ANTARA YANG TERBAIK
BANDARAYA MELAKA 8 November - Putra Specialist Hospital (PSH) menerima Pensijilan Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) bagi...
PELAJAR MAUT DITIMPA BAHAN BINAAN
KUALA TERENGGANU 8 November - Seorang pelajar berusia 17 tahun maut selepas ditimpa bahan binaan di sebuah lot kedai, di...
LIMA HOSPITAL DI MELAKA TERIMA PENGIKTIRAFAN MSQH
BANDARAYA MELAKA 8 November - Lima hospital di negeri ini memperoleh Pensijilan Penuh Akreditasi Malaysian Society for Quality in Health...