
Agong berkenan saksi persembahan demonstrasi antikeganasan PDRM
KUALA LUMPUR, 7 Feb – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyaksikan persembahan demonstrasi antikeganasan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Dataran Kawad Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Dalam demonstrasi itu, Al-Sultan Abdullah dipersembahkan dengan aksi operasi khas menyelamat tebusan dan menahan sekumpulan pengganas disusuli acara pertunjukan aset keselamatan milik PDRM.
Demonstrasi berkenaan dijayakan oleh seramai 220 anggota Unit 69 Komando (VAT 69), pasukan komando Unit Tindakan Khas (UTK) serta Pasukan Gerakan Am, ‘Tiger Platoon’.
Al-Sultan Abdullah turut diiringi Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Baginda dalam pada itu turut berkenan melawat reruai berkaitan demonstrasi antikeganasan di Pulapol sebelum berangkat pulang. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LEBIH 1,500 IFTAR SANTAI BERSAMA KETUA MENTERI DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 15 Mac - Lebih 1,500 pengunjung memeriahkan Majlis Iftar Santai Bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
CERIA TERIMA SUMBANGAN AIDILFITRI
LENDU 15 Mac - Kanak-kanak mengalami kesukaran berjalan akibat masalah saraf Sheikh Muhammad Alif Alashiri, 12, antara penerima sumbangan bantuan...
PINTU MASUK MELAKA LEBIH INDAH, CERIA SEMPENA AIDILFITRI
PAYA RUMPUT 15 Mac - Kesemua empat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini diminta untuk menceriakan kesemua pintu masuk...
TINDAKAN TEGAS MENANTI KONTRAKTOR PENYELENGGARAAN TIDAK IKUT SOP – MPHTJ
AYER KEROH 15 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada kontraktor penyelanggaraan...
KPDN EDAR 18,000 BAUCAR E-DOMPET
DUYONG 15 Mac - Sejumlah 18,000 baucar e-dompet diedarkan dan dinikmati oleh rakyat Melaka bermula 11 hingga 15 Mac (hari...
NENEK ‘BERTUNANGKAN’ SCAMMER, ANTARA KISAH PENIPUAN TERJADI DI MELAKA
MACHAP JAYA 15 Mac - Menemui cinta di usia senja mungkin sepatutnya menjadi kenangan terindah buat seorang wanita warga emas...