Agong berkenan berangkat ke kampung Orang Asli di Cameron Highlands
KUALA LUMPUR, 11 Jun- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan majlis pengurniaan sumbangan kepada penduduk Kampung Orang Asli Pos Menson dan Kampung Orang Asli Sungai Relong di Cameron Highlands, Pahang hari ini.
Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah disambut Pegawai Daerah Cameron Highlands Syed Ahmad Khairulanwar Syed Abdul Rahman dan Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf.
Menurut catatan Istana Negara di Facebook hari ini, Seri Paduka berkenan mengurniakan sumbangan tunai dan barangan keperluan dapur kepada 63 ketua isi rumah di Kampung Orang Asli Pos Menson dan 153 ketua isi rumah di Kampung Orang Asli Sungai Relong pada majlis yang berlangsung selama hampir dua jam bermula 11 pagi.
Sempena lawatan tersebut, Seri Paduka turut berkenan menyantuni penerima sumbangan dengan bertanya khabar serta menasihati para penduduk agar sentiasa menjaga kesihatan diri, keluarga dan warga emas.
Al-Sultan Abdullah turut bertitah sekiranya penduduk mempunyai sebarang permasalahan hendaklah sentiasa merujuk kepada tok batin agar tindakan selanjutnya dapat diambil dan disegerakan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...