Agong berbuka puasa bersama 1,600 umat Islam

Masa Membaca:46 Saat

BUKIT PALAH 22 April – Seramai 1,600 umat Islam diraikan dalam Majlis Berbuka Puasa bersama Yang di Pertuan Agong (YDPA) Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Dataran Pusat Islam, di sini sebentar tadi.

Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan puteri bongsu baginda Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah turut meluangkan masa berbuka puasa pada majlis itu.

Ketibaan Al Sultan Abdullah pada jam 7 malam disambut Yang di-Pertua negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali dan barisan EXCO kerajaan negeri.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya berkenan menunaikan solat Maghrib di Masjid Al-Azim.

Turut diraikan dalam program sama adalah 200 asnaf termasuk anak yatim dibawah kendalian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan barisan guru Sekolah Rendah Agama (SRA) serta Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1489
Kongsi :
Previous post Beberapa lagi kelonggaran SOP akan diumum – Khairy
Next post Syukur rumah dimakan anai-anai diganti baharu
Ubah saiz-+=