
Agih beras kepada penduduk kurang mampu
RIM 5 April – Menyedari akan kesusahan dialami golongan kurang berkemampuan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mengagihkan 30 kampit beras bersempena karnival Jualan Kasih Ramadan MAFI dan Parlimen Jasin, semalam.
“Alhamdulillah, pada pagi tadi (semalam) saya berpeluang untuk menyumbang 30 pek beras semasa karnival jualan Kasih Ramadan MAFI dan Parlimen Jasin.
“Untuk makluman semua, Karnival Jualan Kasih Ramadan ini adalah inisiatif yang dibawa Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 1.
“Pelbagai barangan keperluan seperti sayur, telur, daging ayam dan bermacam lagi barangan dijual pada harga yang cukup menjimatkan.
“Saya ada pesan dengan YB Datuk Seri Ahmad Hamzah, harap program seperti ini akan diperbanyakkan lagi di daerah Jasin khususnya di RIM,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
BERGELUT BANTU POLIS TANGKAP PERAGUT, ENAM ‘RIDER’ TERIMA PENGHARGAAN
AYER KEROH 28 April - Enam penunggang p-hailing menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Melaka, atas jasa mereka membantu polis...
MARKAS ‘JOB SCAM’ DISERBU, LIMA LELAKI DITAHAN
AYER KEROH 28 April - Polis Melaka menyerbu sebuah unit kondominium di Ayer Keroh, di sini, kerana disyaki dijadikan markas...
LELAKI MAUT MOTOSIKAL REMPUH KERETA DI CHENG
PAYA RUMPUT 28 April - Penunggang motosikal meninggal dunia ketika sedang dirawat, hampir satu jam selepas terbabit kemalangan dengan sebuah...
WTD, WTC 2025: MELAKA PERKENAL PAKEJ KHAS PELANCONGAN
SERI NEGERI 28 April - Pakej khas pelancongan akan diperkenalkan Kerajaan Negeri pada sesi pra pelancaran Hari Pelancongan Sedunia (WTC)...
TAK SEMPAT TAMATKAN PERLUMBAAN DI LITAR, GURU DISAHKAN MAUT AKIBAT SERANGAN JANTUNG
DURIAN TUNGGAL 28 April - Seorang guru lelaki disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan, kira-kira lima jam selepas mengalami...
MELAKA SASAR JADI PUSAT RUJUKAN TVET NEGARA – AB RAUF
SERI NEGERI 28 April - Melaka menyusun strategi bagi mencapai hasrat menjadikan negeri ini sebagai Pusat Pendidikan dan Latihan Teknikal...