
Affin terus tawar bantuan kewangan, pelepasan bayaran ansuran hingga Jun 2021
KUALA LUMPUR, 20 Mei. – Affin Bank Bhd hari ini mengumumkan kesinambungan Bantuan Pembayaran Bersasar melalui program Bantuan Kewangan dan Pelepasan Bayaran Ansuran (FAIR) hingga Jun 2021.
Dalam kenyataan, bank itu berkata program FAIR ialah suatu penyelesaian bantuan kewangan yang disesuaikan serta memberikan sokongan yang diperlukan dalam membantu pelanggan Affin Bank dalam tempoh mencabar ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, Affin Bank akan terus membantu pelanggan untuk mendapatkan akses kepada bantuan kewangan yang mereka perlukan dalam tempoh mencabar ini.
“Pelanggan digalakkan untuk berjumpa dengan pihak bank bagi mengetahui kelayakan mereka serta menghantarkan permohonan bagi program FAIR melalui dalam talian atau saluran kami yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak diperkenalkan pada Ogos tahun lalu, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 40,000 pelanggan di seluruh negara dengan menawarkan moratorium dan pelbagai bantuan kewangan.
Maklumat lanjut mengenai inisiatif FAIR, boleh layari www.affinbank.com.my, www.affinislamic.com.my atau www.affinonline.com.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
