
ADUN Sungai Rambai tawar diri pantau bendera terbalik
SUNGAI RAMBAI 17 Ogos – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman bersedia menjadi ejen kepada pihak berkuasa dalam melaporkan tindakan individu yang sengaja memasang Jalur Gemilang secara terbalik.
Menurut beliau, kesalahan itu tidak sepatutnya berlaku dan mereka yang didapati berbuat demikian wajar dikenakan tindakan.
“Saya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak khasnya di Sungai Rambai ini yang memasang Jalur Gemilang terbalik.
“Perbuatan itu mencemarkan kedaulatan negara, wajarlah tindakan diambil terhadap mereka ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Konvoi Merdeka @ Komuniti di Sungai Rambai, di sini.
Mengulas lanjut Hasan berkata, bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai, kira-kira 6,300 Jalur Gemilang diperuntukkan untuk diagihkan kepada penduduk kampung.
“Pengagihan ini bagi menyemarakkan lagi semangat cintakan negara serta patriotisme dalam kalangan penduduk,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...
SINAR AIDILFITRI BUAT 264 WARGA PAYA RUMPUT, SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 14 Mac - Seramai 264 warga Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput dan Sungai Udang menerima sumbangan Aidilfitri...
RM400,000 CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN KURANG BERKEMAMPUAN
LENDU 14 Mac - Sejumlah RM400,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri bertujuan menceriakan sambutan Aidilfitri seramai 2,000 orang penerima dalam kalangan golongan...
TAPAK PENJAJA PINGGIRAN SUNGAI MITC BAKAL BERWAJAH BAHARU
AYER KEROH 14 Mac - Tapak penjaja Pinggiran Sungai MITC bakal dinaik taraf bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan penjaja...
POLIS PENGIRING CEDERA KEMALANGAN KETIKA BERTUGAS
ALOR GAJAH, 14 Mac - Seorang anggota polis trafik cedera selepas terbabit dalam kemalangan semasa mengiringi kenderaan Yang di-Pertua Negeri...