
ADUN Slim meninggal dunia
IPOH 15 Julai – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim yang juga Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, petang ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun berkata beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.
“Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana,” katanya.
Menurutnya berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf & Country Resort.
Terdahulu, berita kematian ADUN itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin UMNO negeri dan pusat.
– BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
