
ADUN Melaka ucap tahniah kepada BN Johor
AYER KEROH 12 Mac – Meskipun keputusan rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor masih belum dikeluarkan, namun ucapan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) sudah mula dilaungkan.
Beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melaka sudah mula memuat naik hantaran di Facebook dengan ucapan tahniah di atas kejayaan BN.
Antara yang menzahirkan ucapan tahniah ialah Ketua Pemuda UMNO Melaka merangkap ADUN Asahan Fairul Nizam Roslan.
“BN berjaya bentuk kerajaan negeri di Johor. Alhamdulillah, terima kasih bangsa Johor,” tulisnya di laman Facebook.
Selain itu, ADUN Merlimau Dr Muhamad Akmal Saleh turut tidak ketinggalan mengucapkan syukur di atas kejayaan BN menakluk semula Johor.
“Walaupun dihina dan dilabelkan kami sebagai musibat, sebagai itik patah kaki dan sebagainya, itu tidak melemahkan semangat semua jentera malah kepercayaan orang johor untuk melihat Johor lebih stabil dengan kerajaan BN
“Kini masa untuk bekerja,abaikan suara sumbang yang tidak memberi faedah kepada rakyat. Insya-Allah next road to PRU 15,” tulisnya.
Difahamkan, setakat jam 10 malam tadi, keputusan tak rasmi menunjukkan BN sudah memperoleh kemenangan dua pertiga pada PRN Johor.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April - Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai...
AL-QURAN JADI PENDAMPING MUALAF
BANDARAYA MELAKA - Perjalanan menjadi seorang mualaf pasti penuh dengan cabaran, namun itu tidak menghalang mereka menghabiskan bacaan 30 juzuk...
PENGGIAT SENI BUDAYA MELAKA TIDAK DILUPAKAN
AYER KEROH 2 April - Institut Warisan Melaka (INSWA) menerusi Kelab Kebajikan dan Sosial telah menyantuni seramai 16 bekas penggiat...
KAMPUNG DIGITAL ‘PANGKALAN DATA’ SEJAHTERAKAN RAKYAT MELAKA
DUYONG 2 April - Inisiatif Kampung Digital yang dicetuskan Kerajaan Negeri Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
‘KEREPEK PISANG NURUL’ PENYAMBUNG LEGASI KELUARGA
SUNGAI UDANG 2 April - Siapa sangka kerepek pisang yang pada awalnya diusahakan secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan kini menjadi...
10 SEKOLAH LUAR BANDAR MELAKA BAKAL DAPAT MANFAAT ‘SMART CLASSROOM’
REMBIA 2 April - Kerajaan Negeri menyasarkan sebanyak 10 buah sekolah lagi di negeri ini akan mendapat manfaat menerusi projek...