ADUN Melaka terima RM50,000 seorang untuk sumbangan Kit Makanan- Sulaiman
SERI NEGERI 21 Sept. – Semua Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka diberi peruntukan berjumlah RM50,000 bagi melaksanakan program sumbangan Kit Makanan di kawasan masing-masing.
Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menjelaskan langkah itu sebagai mengukuhkan lagi keikhlasan kerajaan dalam membina perpaduan ‘Keluarga Besar Melaka’ demi kesejahteraan rakyat.
Katanya,inisiatif itu membabitkan implikasi kewangan berjumlah RM1.4 juta.
“…sukacita saya umumkan, sumbangan Kit Makanan, kepada setiap ADUN Negeri Melaka, tanpa mengira yang di sebelah sini (kerajaan)
mahupun di seberang sana (pembangkang), dengan peruntukan berjumlah RM50,000.
“Sumbangan Kit Makanan berharga RM50 bagi setiap kitini, terdiri daripada barangan keperluan asas seperti beras, gula, tepung gandum, susu pekat manis dan bihun,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam usul ucapan terima kasih ke atas ucapan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam sempena Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
TIGA MAUT KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI LEBUHRAYA PLUS DI REMBAU
REMBAU, 15 Jan - Tiga maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 226.5 Lebuhraya PLUS Senawang-Ayer Keroh arah utara,...
W.R.U.R BANTU CEPATKAN SELESAI MASALAH PENDUDUK
KUALA LINGGI 15 Januari - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) menunjukkan keberkesanan apabila mampu menyelesaikan permasalahan dihadapi oleh rakyat....
PRODUK MAKANAN SEJUK BEKU DARI KUALA LINGGI SEMAKIN LARIS
KUALA LINGGI 15 Januari - Kesungguhan seorang suri rumah Siti Fuatdatul Nor Yusuff yang mahu meningkatkan taraf hidup keluarganya menerusi...
NASIB NELAYAN MELAKA TERUS TERBELA
AYER LIMAU 15 Januari - Nelayan di negeri ini bersyukur kerana Kerajaan Negeri tidak pernah meminggirkan nasib mereka untuk meningkatkan...
UTEM TERUS PRIHATIN BANTU KEBAJIKAN MANGSA BANJIR DI KELANTAN
DURIAN TUNGGAL 15 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) meneruskan keprihatinan bagi membantu masyarakat terutama keluarga pelajar yang terkesan...
MYLESEN: MELAKA DAPAT 800 KUOTA LESEN B2 PERCUMA
KUALA LINGGI 15 Januari - Melaka menerima sebanyak 800 kuota tawaran lesen memandu kelas B2 secara percuma kepada rakyat menerusi...