Sorting by

×

ADUN MACHAP JAYA TERUSKAN TRADISI SANTUNI MASYARAKAT ORANG ASLI

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

MACHAP JAYA 26 Mac – Menyantuni masyarakat Orang Asli setiap kali menjelang sambutan perayaan utama, antara rutin tahunan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machap Jaya, Datuk Ngwe Hee Sem.

Hee Sem berkata, mengikut kebiasaan pihaknya akan masuk ke perkampungan masyarakat Orang Asli untuk bersama-sama meraikan kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baharu Cina.

Beliau yang juga Exco Kesihata, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri berakata, mengikut rekod terdapat tujuh perkampungan masyarakat Orang Asli dengan 600 penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya.

“Setiap kali tiba musim perayaan, sebagai Adun saya akan turun ke kampung Orang Asli untuk menyantuni mereka dengan menyampaikan sumbangan seperti wang tunai dan kit makanan. Sentuhan seperti ini membuatkan masyarakat Orang Asli khususnya berasa lebih dihargai dan tidak disisihkan.

“Mengikut rekod penduduk Orang Asli yang beragama Islam dan menyambut Aidilfitri hanya kira-kira 20 peratus daripada jumlah keseluruhan masyarakat itu, namun kita tetap raikan serta santuni semua penduduk,” katanya ketika ditemui pada Jelajah Ramadan Ke Kampung Orang Asli Bersama YB Datuk Ngwe Hee Sem, di Kampung Orang Asli Kubang Badak, Tebong Stesyen di sini, hari ini.

Menurutnya, sesi jelajah dan turun padang diadakan itu secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara rakyat dan pemimpin masyarakat.

“Menerusi program sebegini rakyat atau penduduk mempunyai peluang untuk berjumpa empat masa, ini juga masa yang sesuai untuk berkongsi atau mengadu mengenai masalah dihadapi.

“Malah peranan tok batin juga amat penting dalam membantu Kerajaan Negeri untuk membantu menguruskan komuniti Orang Asli ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

988
Kongsi :
Previous post KETUA MENTERI JEMPUT RAKYAT MELAKA MERIAHKAN SAMBUTAN AIDILFITRI MADANIĀ 
Next post AKUAKULTUR: HASIL MENINGKAT, JANA PENDAPATAN LUAR BIASA