
ADUN Machap Jaya jemput Orang Asli meriahkan sambutan Aidilfitri
Masa Membaca:31 Saat
MACHAP JAYA 21 Mei – Sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, di sini, malam tadi dimeriahkan dengan kehadiran seramai 100 masyarakat Orang Asli.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya Ngwe Hee Sem mengambil inisiatif itu untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum di negeri ini.
Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali kira-kira jam 9.10 malam.
Turut hadir pada majlis itu, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur, dan Pengurusan Banjir, Datuk Rahmad Marimad dan EXCO Belia dan Sukan, V P Shanmugam.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
1251