
ADUN Duyong positif COVID-19
AYER KEROH 27 Feb – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Mohd Noor Helmy Abdul Halem mengesahkan dirinya positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan di laman Facebooknya, Mohd Noor Helmy memaklumkan telah menerima keputusan itu petang semalam (25 Feb) menerusi ujian saringan RTK.
Selain beliau, beberapa staf di Pejabat JAPERUN Duyong turut disahkan positif wabak berkenaan.
“Japerun Duyong juga kini teruji. Bermula daripada Pembantu Kompleks yang positif, kemudian Ahli Majlis, diikuti Setiausaha Japerun dan terkini saya sendiri.
“Apa pun agihan kit untuk masyarakat Duyong yang positif masih lagi ada. Cuma pengagihan akan ambil sedikit masa kerana kekangan petugas yang terhad.
“Segala yang berlaku amat saya kesali, dan saya mohon kemaafan daripada semua. Saya masih boleh dihubungi melalui panggilan telefon atau Whatsapp untuk sebarang urusan dan keperluan yang melibatkan #DUYONGkita,” katanya.
Difahamkan, ADUN Serkam yang juga EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Negeri Datuk Zaidi Attan turut sedang menjalani kuarantin pada ketika ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...