
ADUN Asahan dahului 73 penerima Pingat Bakti Belia
SERI NEGERI 25 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, Fairul Nizam Roslan dianugerahkan Pingat Bakti Belia (P.B.B.) pada Majlis Penganugerahan Bintang dan Pingat Kebesaran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) kali ke-42, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Melaka mendahului 73 penerima dalam senarai berkenaan.
P.B.B yang dianugerahkan itu diperkenalkan pada 1978 kepada orang perseorangan yang memberi atau terus menyumbang jasa dan memberi khidmat bakti kepada MGBM.
Penganugerahan itu telah disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama, Pejabat Yang di-Pertua Negeri, di sini.
Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menjadi penerima anugerah tertinggi iaitu Bintang Khidmat Cemerlang (B.K.C).
-Berita lanjut menyusul-
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
