Adly, Idris mahu jumpa TYT bincang usaha pastikan kestabilan dan kesinambungan pentadbiran

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BANDAR MELAKA 4 Okt. – Sebelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) bersama empat ADUN kerajaan sebelum ini akan mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia (Dr) Mohd Ali Mohd Rustam.

Ketua Pembangkang, Adly Zahari berkata, pertemuan ini bagi membincangkan mengenai usaha yang boleh diambil bagi memastikan kestabilan politik negeri.

“Sehubungan itu, saya mewakili 11 ADUN PH dan Datuk Seri Idris Haron mewakili empat ADUN (yang telah menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional) berhasrat mengadakan pertemuan dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Tun.

“Ia bagi membincangkan tentang usaha yang boleh diambil bagi memastikan kestabilan politik negeri dan kesinambungan pentadbiran kerajaan akan dapat diteruskan,” katanya.

Adly berkata demikian dalam sidang media tergempar bersama 11 ADUN PH dan empat ADUN Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan kerajaan negeri dalam sidang media di lokasi sama jam 1.15 petang tadi.

Ditanya siapakah yang akan dilantik sebagai Ketua Menteri, Adly yang juga ADUN Bukit Katil itu berkata, perkara itu adalah di bawah bidang kuasa TYT.

“Kalau kita lihat dalam perlembagaan negeri kuasa melantik Ketua Menteri itu adalah di bawah bidang kuasa TYT.

“Hari ini kita telah sampaikan surat kepada Pejabat TYT, jadi kita tunggu jawapan dari pihak Istana Negeri Melaka,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

535
Kongsi :
Previous post Tanah mendap bimbangkan jemaah masjid
Next post Istana Melaka belum terima surat
Ubah saiz-+=