
ADDRIENA BATRISYA DILANTIK YDP MPP KAYM
AYER KEROH 10 Mac – Nur Addriena Batrisya Zita@Zukalman, pelajar semester 2 Diploma Teknologi Elektronik Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) dilantik Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Sesi 2025/2026.
Anak jati Kelantan yang berhijrah ke Melaka bersama kakak dan adiknya selepas kematian ibu itu merupakan antara 25 calon yang memenangi pilihan raya kampus yang diadakan pada 19 februari yang lepas.
Nur Addriena Batrisya mengakui bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin pelajar, namun dia bertekad untuk memberikan yang terbaik.
“Saya berasa gembira dan seronok apabila dipilih mengetuai kepimpinan MPP tahun ini. Saya akan berusaha agar MPP akan menjadi lebih baik lagi,” katanya yang merupakan anak yatim kematian ibu sejak berusia 15 tahun.
Terdahulu, Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPP bagi sesi 2025/2026 itu telah disempurnakan Pengurus Besar Hal Ehwal Pelajar KAYM Mohamad Nawawi Saad.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...
RENTAK BERTANDAK MELAKA PAMER KEUNIKAN BUDAYA SERUMPUN
AYER KEROH 16 April - Program Rentak Bertandak Antarabangsa 2025 yang merupakan acara kebudayaan nusantara akan diadakan di Melaka pada...
KEMUNCAK WRUR LENDU, SUNGAI UDANG PADA 31 MEI
ASAHAN 16 April - Perasmian penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lendu dan DUN...
2025 DAN 2026, PELANCONGAN MELAKA ‘TIDAK BEREHAT’
SERI NEGERI 16 April - Sektor pelancongan Melaka kembali meriah tahun lalu susulan kejayaan penganjuran Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024...
MELAKA ANJUR BACAAN YASIN, TAHLIL UNTUK ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH
KLEBANG 15 April - Kerajaan Negeri menganjurkan majlis bacaan Yasin dan tahlil untuk Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal...