Acara sukan promosi Tahun Melawat Melaka 2024

Masa Membaca:1 Minit, 30 Saat

BANDA HILIR 11 Mac – Penganjuran program Fun Ride & Run 2.0 oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, hari ini, berupaya mempromosikan destinasi pelancongan di Melaka.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, malah program itu juga secara tidak langsung dapat memberi hebahan mengenai Tahun Melawat Melaka 2024 yang tinggal kurang sembilan bulan sahaja lagi.

“Semestinya program pada pagi ini juga telah menjadi salah satu cabang promosi bagi menggalakkan kedatangan pelancong pada tahun hadapan.

“Ini kerana para peserta turut dibawa melalui pelbagai pelosok kampung, mereka dapat melihat keindahan bandar raya Melaka dengan lebih dekat lagi.

“Melalui aktiviti ini juga, para peserta akan melihat dan mempromosikan adat resam serta budaya hidup masyarakat setempat,” katanya ketika berucap merasmikan program berkenaan.

Hadir sama, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam serta Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman.

Untuk rekod program tersebut merupakan kali kedua diadakan selepas terhenti selama empat tahun apabila pandemik COVID-19 melanda negara.

Seramai 1,170 peserta menyertai program tersebut membabit dua rutin iaitu larian sejauh lima kilometer (km) dan kayuhan berbasikal sejauh 35 km.

Sulaiman dalam ucapannya turut berharap lebih banyak acara sukan berkonsep ‘segar’ dianjurkan di Melaka selaras hala tuju yang ingin dibawa oleh Kerajaan Negeri di bawah Flagship 8 iaitu Melaka Sejahtera di dalam aspek belia dan sukan untuk melahirkan masyarakat yang cergas, minda yang cerdas, berdaya saing dan berjati diri.

“Saya percaya, masyarakat atau warga yang sihat, cergas dan berdisiplin akan menyumbang kepada prestasi serta peningkatan produktiviti untuk diri selain negara khususnya Negeri Melaka.

“Kerajaan Negeri semestinya akan sentiasa menyokong segala usaha semua pihak dalam merancang dan melaksana pelbagai bentuk aktiviti yang melibatkan pembangunan belia dan sukan khususnya di Melaka,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3145
Kongsi :
Previous post Lebih 9,000 pesakit jalani dialisis setiap tahun – Dr. Zaliha
Next post SALAM medan mualaf dalami ilmu agama Islam
Ubah saiz-+=