
Abdul Hadi stabil
AYER KEROH 16 Feb. – Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) malam tadi, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Keadaan terkini Presiden PAS itu dimaklumkan oleh anaknya, Muhammad Khalil yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menerusi satu hantaran di Facebooknya hari ini.
“Saya baru bercakap dengan ayahanda Tuan Guru sebentar tadi. Keadaan beliau stabil dan perlukan rehat. Mungkin kepenatan kerana jadual yang padat,” katanya.
Muhammad Khalil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk turut merayu orang ramai mendoakan kesihatan bapanya.
“Mohon doa dari semua semoga beliau terus sihat untuk berkhidmat kepada ummah,” katanya.
Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut berkongsi berita dan gambar mengenai Abdul Hadi menerusi ciapan di Twitternya dan mengajak orang ramai mendoakan kesejahteraan Abdul Hadi.
“Menerima berita mengejutkan Presiden PAS YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya malam ini selepas dilaporkan sesak nafas sebelum dipindahkan ke IJN untuk rawatan lanjut.
“Marilah kita bersama mendoakan kesembuhan kepada Tuan Guru dan kembali sihat seperti sedia kala,” katanya.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA SUMBANG RM300,000 UNTUK INSTITUSI PENDIDIKAN ISLAM SWASTA
BUKIT PALAH 8 Mac - Sejumlah RM300,000 disalurkan Kerajaan Negeri Melaka kepada 30 Institusi Pendidikan Islam Swasta (IPIS) bagi bantuan...
2,000 MERIAHKAN IFTAR JAMAIE BERSAMA KETUA MENTERI
BUKIT PALAH 8 Mac - Kira-kira 2,000 umat Islam membanjiri Dataran Pusat Islam Melaka, di sini, pada Majlis Iftar Jamaie...
LORI TANGKI BAWA MUATAN 22,000 LITER PETROL DAN DIESEL TERBALIK, PEMANDU CEDERA
ALOR GAJAH 8 Mac - Seorang pemandu lori tangki membawa muatan petrol dan diesel cedera selepas kenderaan dipandunya terbabas dan...
LAPAN LELAKI ‘KANTOI’ PONTENG PUASA DI MELAKA
KLEBANG 8 Mac - Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) telah menahan lapan lelaki yang didapati ponteng puasa dengan makan, minum...
BANJIR DI MELAKA PULIH, PPS TERAKHIR DITUTUP 5.45 PETANG TADI
AYER KEROH 8 Mac - Situasi banjir di Melaka pulih apabila kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah petang ini. Sekretariat...
‘DAK NOR’ TERIMA ANUGERAH KASIH WANITA CEKAL
AYER KEROH 8 Mac - 'Dak Nor' atau nama sebenarnya Nor Komariah Mohd Khalid lourdes Lio menjadi antara wanita kebanggaan...