Sorting by

×

Abd Halim kekal jawatan Presiden ASTAF, tiada wakil Malaysia dalam barisan kepimpinan

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

KUALA LUMPUR 2 Mac. – Datuk Abdul Halim Kader dari Singapura akan terus menerajui Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF) bagi satu lagi penggal (2021-2025), selepas menang dalam pemilihan jawatan presiden majlis berkenaan, semalam.

Abdul Halim mengetepikan saingan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) Datuk Seri Ahmad Ismail dan Presiden Persekutuan Sepak Takraw Singapura Mohd Nasri Haron (PERSES) selepas meraih 30 undi bagi pemilihan Majlis ASTAF sempena Kongres ASTAF.

Ahmad Ismail merupakan bekas timbalan presiden persekutuan itu bagi penggal 2016-2021, dan pemilihan menyaksikan Mohd Nasri gagal meraih sebarang undi bagi jawatan berkenaan.

Dua dari Malaysia, Abdullah Salleh dan Yusoff Ali turut gagal disenaraikan dalam barisan kepimpinan majlis. Abdullah bertanding untuk jawatan timbalan presiden, manakala Yusoff Ali gagal menjadi anggota majlis.

Charlem Chaiwatcharaporn dari Thailand dan Yogender Singh Dahiya (India) dipilih sebagai timbalan presiden selepas masing-masing memperoleh 30 dan 29 undi, menewaskan calon dari Indonesia Asnawi Abdul Rachman dan Abdullah.

Sementara itu Meas Sarin dari Kemboja, Soe Naing (Myanmar), Sohrab Azad Khankandi (Iran), Masaru Misawa (Jepun), Oh Joo Young (Korea Selatan), Syafrizal Bahtiar (Indonesia), Tsai Hung-Peng (Taiwan) dan Noushad Ahmed Khan (Pakistan) dipilih sebagai naib presiden selepas masing-masing memperoleh 30 undi.

Sepuluh lagi jawatan anggota majlis diisi oleh Le Hong Tinh dari Vietnam, Samaranyake Abeykoonge Kingsley Chareendra de Silva (Sri Lanka), Safaa Sahib Nayyef Alnawafali (Iraq), Kasem Inthara (Laos), Chan Wai Yuen (Hong Kong), Un Oi Mou (Macau), Abdulaziz Albusaidi (Oman), Netra Prasad Gurung (Nepal), Mohammed Faruque Dhali (Bangladesh) dan Mohammad Yasin Mohammadi (Afghanistan).

Kongres turut menyaksikan Boonchai Loorphipat dari Thailand dilantik sebagai setiausaha agung dan Muhammad Fariq dari Singapura sebagai timbalannya, manakala rakan senegara Fariq, Md Nazarisham Md Isa dipilih sebagai bendahari majlis.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1227
Kongsi :
Previous post Penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal meninggal dunia
Next post OP Benteng: 319 bot/kapal, 1,465 kenderaan darat bernilai RM306 juta dirampas
Ubah saiz-+=