Sorting by

×

‘Abang Viva’ teruskan misi bantuan ke Pahang

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

MELAKA 24 Dis – Sejak bah mula melanda negara hampir seminggu lalu nama ‘Abang Viva’ mula disebut-sebut sebagai wira yang berbakti membantu mangsa banjir dan terus menerima pujian sejak tular di media sosial.

‘Wira Banjir’ dikenali sebagai Azwan Omar, 29, yang merupakan anak jati kelahiran negeri ini sanggup datang dari Melaka bersama bot yang diikat pada kenderaannya demi membantu mangsa di Lembah Klang.

Kudrat pemuda itu terus diberi perhatian dan pujian masyarakat apabila difahamkan hari ini beliau meneruskan perjalanannya ke Pahang bagi meneruskan misi persendiriannya itu membantu mangsa bah di negeri tersebut.

Malah, dari sikapnya yang membantu masyarakat itu terus dipandang dan terbaharu menerusi sebuah hantaran di Facebook Rahim Rahim mengongsikan bahawa nama ‘Abang Viva’ juga disebut oleh Khatib Masjid Negara, hari ini.

“Abang Viva sekarang menuju ke Pahang pula, hanya berbekalkan roti dan air untuk alas perut, namun tetap kental menyelamatkan mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Ws Adli W Muhammad yang merupakan salah seorang mangsa banjir di Pahang turut mengongsikan wira itu kini tiba di Temerloh dan terus membantu mangsa di kawasan berkenaan.

“Abang Viva ada bersama kami sekarang di Attaqwa, Temerloh. Bantu ambil water jet di surau sekolah. Besar jasa dan bakti dia. Besar pahala dia. Nampak muka penat,” tulisnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

777
Kongsi :
Previous post JPV kesan penularan Demam Babi Afrika di 7 ladang babi Paya Mengkuang
Next post Cuti KSU, Ketua Pengarah dibatalkan serta-merta – KSN
Ubah saiz-+=