Abang Viva ‘declare’ status selepas 8 Feb

Masa Membaca:1 Minit, 35 Saat

AYER KEROH 5 Feb- ‘Hero Banjir ‘ Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva membuat pendedahan bakal menamatkan zaman bujangnya malam tadi.

Dengan 12,000 tontonan dan 3,300 tanda suka menerusi laman Facebooknya, Azwan membuat pengakuan itu selepas dihujani pelbagai soalan daripada pengikut yang menyaksikan tontonan secara live di media sosial itu.

Katanya, dia dalam proses mengenali hati budi seorang wanita yang menunjukkan kesungguhan sejak mula perkenalan sehingga kini.

“Saya dalam (proses) berkenalan dengan seorang insan yang boleh dikatakan bersungguh-sungguh jugaklah daripada awal sampai terkadang pukul 4 pagi dia kejut saya, call non-stop.

“Saya pun dalam (proses) perkenalan dengan dia, jadi saya akan confirmkan apa keputusan saya dengan dia selepas 8 haribulan (8 Feb), insy-ALLAH saya akan ‘declare’ (sama ada) teruskan dengan dia atau tidak dengan dia, itu je (asalan) kenapa saya buat ‘live’ ni,” katanya.

Dia berkata demikian dalam video berdurasi hampir satu jam secara langsung di Facebooknya, malam tadi.

ABANG Viva pada video secara live di laman Facebooknya malam tadi.

Dalam sesi bermula kira-kira pukul 8.50 malam itu, Azwan dilihat turut tergamam apabila salah seorang pengikut melontarkan soalan mengenai wanita bernama Emelda.

“Salam. Tak join Emelda ke malam ni pergi makan,” tulis Aida Khalid.

Azwan bagaimanapun kemudian membalas secara bergurau: “Aik.. Aida Khalid, jangan buat kantoi.”

Beberapa pengikut wanita kemudian dilihat meninggalkan komen berbaur kecewa, cuba mendapatkan kepastian sama ada jejaka kelahiran Melaka itu telah mempunyai kekasih hati.

“Betul ke Abang Viva dah ada awek?,” tulis salah seorang daripadanya.

“Bang bagi alamat penuh bang. Nak pergi jumpa mak abang ni,” tambah Ieda Stellaszils.

Dalam pada itu, terdapat pengikut yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin.

“Wah! Sudah ada calon, tahniah semoga berkekalan ke jannah. Makan nasi minyak jangan lupa jemput ye,” tulis Mimi Fazilah Hamzah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1245
Kongsi :
Previous post Bekalan telur ayam cukup, harga pula naik
Next post Telur ayam: Kekurangan bekalan dijangka selesai dalam masa terdekat
Ubah saiz-+=