
Abang ‘tukar nyawa’ dengan adik
BATU PAHAT 13 Jan – Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas menyelamatkan adiknya yang terjatuh ke dalam parit petang semalam, ditemukan lemas di parit berkenaan di Jalan Taman Manis 6, Parit Raja, dekat sini, pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam PPgB Mohamad Shamin Mohamed Salikin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.17 petang semalam, membabitkan mangsa, Muhammad Naqiuddin Adnan.
“Mangsa ditemukan pada pukul 8.47 pagi hari ini pada jarak lima meter di dasar parit dari lokasi awal mangsa dilaporkan terjatuh dan kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata sebelum ini, mangsa didapati hilang selepas menyelamatkan adiknya yang terjatuh di parit dan membawanya ke tebing sebelum dihanyutkan arus. Semasa kejadian, mangsa bersama lima lagi rakannya dipercayai sedang mandi di parit tersebut.
Justeru, pihaknya telah menggunakan teknik ‘surface searching’ dari lokasi mangsa lemas ke arus air yang bertentangan iaitu arah Gate Air dengan jarak lebih kurang satu kilometer sejak mangsa dilaporkan hilang semalam.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 8.50 pagi tadi. – BERNAMA
Views:
Related

Berita Lain
POLIS SIASAT SURI RUMAH BUAT LAPORAN PALSU DISAMUN
JERTIH 22 April - Polis menyiasat seorang suri rumah yang membuat laporan palsu mendakwa dirinya disamun dua suspek bersenjatakan pisau...
POLIS TAHAN WANITA CURI BEG DALAM PEJABAT PASUKAN BOMBA SUKARELA
BUTTERWORTH 22 April - Polis menahan seorang wanita tempatan yang disyaki terlibat dalam kejadian curi beg sandang milik seorang lelaki...
JENAYAH INDEKS MELAKA MENURUN
AYER KEROH 22 April - Statistik jenayah indeks Negeri Melaka bagi tiga bulan pertama tahun ini menunjukkan penurunan sebanyak 4.85...
SPNB DIMINTA TERUSKAN PROJEK RMR 2.0
BANDARAYA MELAKA 22 April - Pelaksanaan projek Rumah Mesra Rakyat 2.0 (RMR 2.0) diharap dapat diteruskan semula susulan sambutan menggalakkan...
SPNB TERIMA LEBIH 7,000 PERMOHONAN BAHARU RMR SELURUH MELAKA
BANDARAYA MELAKA 22 April - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menerima sebanyak 7,336 permohonan baharu untuk pemilikan Rumah Mesra Rakyat...
SEMBILAN VESEL DIKESAN LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DI MELAKA
SERKAM 22 April - Jabatan Perikanan Negeri Melaka merekodkan sembilan tangkapan vesel melibatkan 36 individu atas pelbagai kesalahan mengikut Akta...