
Abang Johari positif COVID-19, alami gejala ringan
KUCHING, 8 Mac – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg disahkan positif COVID-19 dan mengalami gejala ringan sejak semalam.
Pejabat Premier Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan Abang Johari sedang menjalani kuarantin di rumah selama lima hari dan beliau ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menunjukkan keprihatinan terhadap kesihatan dan keselamatan beliau.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata Abang Johari dijadualkan untuk merasmikan sambutan Hari Wanita di Miri bagaimanapun beliau dimaklumkan pada 9 malam tadi bahawa Abang Johari tidak dapat hadir kerana keadaan kesihatannya.
Beliau berkata demikian ketika mewakili Premier pada acara itu hari ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
PEKERJA KILANG RUGI LEBIH RM480,000 TERPERDAYA PELABURAN DALAM TALIAN
MUAR 29 Julai - Seorang pekerja kilang perabot kerugian RM488,740 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian. Ketua...
475 GRADUAN BAKAL DIRAI DALAM KONVOKESYEN POLITEKNIK MELAKA KE-22
BANDARAYA MELAKA 29 Julai - Seramai 475 graduan bakal diraikan pada Majlis Konvokesyen Politeknik Melaka ke-22 yang akan diadakan di...
TAMAN LAUT IKON PEMULIHARAAN BIODIVERSITI MARIN, DESTINASI PELANCONGAN LESTARI
AYER KEROH 29 Julai - Jabatan Perikanan Negeri Melaka menegaskan komitmen berterusan dalam memperkukuh pengurusan dan kemudahan di Taman Laut...
ATLET MELAKA CEMERLANG DI KEJOHANAN MUAY THAI KEBANGSAAN 2025
AYER KEROH 29 Julai - Penyertaan pada Kejohanan Muaythai Sukan Tempur Kebangsaan Pra-Sukan Malaysia (SUKMA) dan Kejohanan Muay Thai Grand...
TAMAN KEBAYA BAKAL TERIMA GELANGGANG FUTSAL BAHARU
REMBIA 29 Julai - Penduduk Taman Kebaya, Paya Datok, di sini, bakal menerima kemudahan riadah baharu iaitu sebuah gelanggang futsal...
BERAS MELAKA FASA KEDUA DIJANGKA DIPASARKAN BERMULA OGOS
AYER KEROH 29 Julai - Sebanyak 20,000 kampit Beras Melaka dijangka akan berada di pasaran hasil daripada tuaian varieti benih...