Sorting by

×

Abang bomba tunjuk bakat memancing

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

PANTAI KUNDOR 22 Dis – Seramai 40 anggota bomba mempamerkan bakat memancing dalam satu pertandingan memancing tertutup yang diadakan di Pantai Puteri, baru-baru ini.

Cabaran Jom Mancing Pantai Puteri Tertutup Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, itu dianjurkan Kelab Sukan dan Kebajikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah.

Menurut Ketua Balai BPP Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zamri Omar, ia merupakan acara sukan tahunan anjuran kelabnya yang bertujuan untuk merapatkan silaturrahim sesama anggota.

Menariknya, beliau berkata, kejohanan itu bukan hanya disertai anggota dari BPP Alor Gajah sahaja, bahkan turut dimeriahkan dengan penyertaan anggota dari balai lain di negeri ini.

“Sebelum ini kita kerap menganjurkan acara sukan seperti badminton, boling dan sepak takraw, tetapi kali ini kita cuba buat kelainan dengan mengadakan aviti luar (outdoor) menerusi pertandingan memancing.

“Alhamdulillah walaupun semua tahu tugas anggota bomba tidak mengira waktu pada setiap hari, acara ini masih mampu dijayakan sebagai antara aktiviti tahunan kita untuk mengeratkan ukhwah di antara satu sama lain,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

MOHD Zamri (tengah, baju hijau) bergambar bersama peserta dan urusetia terlibat.

Mohd Zamri berkata, pihaknya turut bercadang untuk menganjurkan acara sama di masa akan datang dengan menyasarkan penyertaan anggota bomba dari seluruh negara.

Pertandingan yang berlangsung selama tiga jam 30 minit itu dimenangi anggota dari BBP Tangga Batu, Azmi Bakar yang menaikkan ikan duri seberat 0.700 kilogram (kg).

Selaku juara, dia membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Selain hadiah pertandingan memancing turut diadakan cabutan bertuah berupa televisyen LED, basikal dan barangan elektrik.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

917
Kongsi :
Previous post SK Nyalas akan diangkat menjadi Sekolah Sukan- ADUN Asahan
Next post Melaka sedia peruntukan RM60,000 untuk sumbangan Krismas – KM
Ubah saiz-+=