
Ab Rauf ucap tahniah kepada calon SPM 2022 Melaka
AYER KEROH 8 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, khususnya dari Negeri Melaka.
Ab Rauf dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya menzahirkan rasa bangga ke atas 243 calon di negeri ini yang memperoleh gred cemerlang A (A+, A dan A-) dalam semua mata pelajaran.
Selain itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada sembilan pelajar Melaka yang mencapai gred Cemerlang Tertinggi ( A+ ) bagi semua mata pelajaran yang diambil.
“Berdasarkan maklumat yang dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, seramai 10,151 ( 94.2% ) pelajar daripada 10,776 pelajar Sekolah Kementerian Pendidikan di Negeri Melaka berjaya mendapat sijil SPM 2022.
“Pakcik ucapkan, semoga pencapaian hari ini akan mendorong kejayaan masa depan,” katanya.
Terdahulu, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka memaklumkan Gred Purata Negeri (GPN) Melaka memecah rekod 10 tahun lalu dengan mencatat GPN 4.77 berbanding 4.83 tahun lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
PERMAINAN DAM AJI SEMAKIN POPULAR, DIMINATI RAMAI
AYER KEROH 15 Disember - Sejak permainan sukan rakyat ini diangkat, dam aji kini mencipta populariti luar biasa apabila bilangan...
DAM AJI MEDIUM PERPADUAN RAKYAT
AYER KEROH 15 Disember - Pertandingan Dam Aji Piala YAB Ketua Menteri Melaka 2025 bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut...
MELAKA PENERAJU PELANCONGAN PINTAR
TELOK MAS 15 Disember - Melaka bakal menjadi peneraju pelancongan pintar menerusi pengenalan Smart AI Tourism Negeri Melaka. Exco Pelancongan,...
