Ab Rauf tinjau perkembangan Texas Instruments

Masa Membaca:57 Saat

PENGKALAN BATU 26 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hari ini mengadakan lawatan bagi meninjau perkembangan semasa kilang pengeluar produk semikonduktor, Texas Instruments Electronics Malaysia Sdn Bhd di Batu Berendam, hari ini.

Pada lawatan itu Ketua Menteri turut meninjau kemajuan kerja-kerja pembesaran kemudahan milik Texas Instruments membabitkan kilang pemasangan dan ujian.

Pada lawatan itu Ab Rauf, diberikan penerangan oleh wakil Texas Instruments mengenai pembesaran kilang berkenaan berpotensi memberi pulangan pelaburan sehingga RM5 bilion kepada Negeri Melaka.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azhar Arshad; Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Invest, Datuk Ginie Lim Siew Lin dan Pengarah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Negeri Melaka, Jaibalan Harirajan.

Yang turut hadir Pengarah Perhubungan Kerajaan Texas Instruments, Adzahar Md Sharipin; Naib Presiden Operasi Pembuatan AT di seluruh dunia Texas Instruments, S Yogan dan lain-lain kenamaan.

Texas Instruments merupakan antara syarikat dari Amerika Syarikat (AS) yang telah bertapak di Melaka lebih 50 tahun dan kini telah mengembangkan pelaburan serta perniagaan mereka di negeri ini.

Operasi syarikat itu turut membuka peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan selain merancakkan perkembangan ekonomi Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

221
Kongsi :
Previous post Potensi Melaka sebagai syurga makanan – Ketua Menteri
Next post NTW 2024 lahir lebih ramai pekerja mahir, separa mahir
Ubah saiz-+=