
Ab Rauf solat sunat Aidiladha bersama penduduk Kampung Pulau
MASJID TANAH 17 Jun – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh hari ini menunaikan solat sunat Hari Raya Aidiladha di Masjid Ar-Razak Kampung Pulau di sini.
Ketua Menteri yang tiba pada jam 8.20 pagi disambut kira-kira 500 penduduk kampung sebelum memasuki masjid bagi menunaikan solat sunat Aidiladha.
Terdahulu umat Islam segenap lapisan umur berkumpul bagi menunaikan solat sunat Aidiladha selain bergambar bersama keluarga dengan pakaian sedondon.
Selepas menunaikan solat sunat Aidiladha Ketua Menteri turut mendengar bacaan khutbah bertajuk ‘pengorbanan yang sejati’.
Sebelum beredar meninggalkan masjid, Ab Rauf juga tidak melepaskan peluang beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
4 STRATEGI PACU MELAKA JADI NEGERI CONTOH
SERI NEGERI 29 April - Kerajaan Negeri menggariskan empat strategi dalam memacu Melaka terus ke hadapan dan menjadi negeri contoh...
4,000 LAMPU SOLAR BAKAL TERANGI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluluskan peruntukan berjumlah RM4 juta bagi pemasangan 4,000 unit...
PEMERKASAAN EKONOMI, KESEJAHTERAAN RAKYAT TUMPUAN SIDANG DUN MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas yang berlangsung 25, 28...
SISTEM MAKLUMAT HOSPITAL MELAKA DINAIK TARAF
SERI NEGERI 29 April - Sistem Maklumat Hospital (HIS) yang terletak bersebelahan projek pembinaan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Melaka di...
DUA JAJARAN JALAN RAYA BAHARU DIRANCANG MPAG DI DURIAN TUNGGAL
SERI NEGERI 29 April - Dua jajaran jalan baharu dicadangkan untuk dibina dalam kawasan Durian Tunggal menerusi Rancangan Tempatan Majlis...
PESAWAH MELAKA DAPAT BENIH PADI BERKUALITI HARGA MURAH
SERI NEGERI 29 April - Inisiatif Kerajaan Negeri membangunkan ladang benih padi di Sawah Tengah Padang, Merlimau terbukti berjaya membawa...