Sorting by

×

‘Ab Rauf selalu ingat rakyat’

Masa Membaca:1 Minit, 34 Saat

TANJUNG BIDARA 20 Mac – “Walaupun sebelum menjadi Ketua Menteri, beliau sentiasa mendampingi orang-orang susah dan tidak pernah melupakan kami.

“Keperibadian itulah yang membuatkan kami tidak akan sesekali melupakan jasanya khususnya dalam membantu rakyat di Tanjung Bidara,” kata Zaharah Ahmad, 73.

Zaharah yang juga anak jati Kampung Pasir Gembor, Tanjung Bidara merupakan antara 400 penerima sumbangan Ramadan, selain dijemput berbuka puasa bersama bersama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh di Masjid Nur Jannatul Bahri, Kampung Ayer Hitam Pantai, di sini, semalam.

Zaharah mengakui terharu apabila bukan sahaja disantuni dalam majlis berkenaan, malah turut menerima sumbangan wang tunai kit makanan yang disampaikan sendiri Ketua Menteri.

“Rasa bersyukur dan terharu sangat. Terima kasih Ketua Menteri kerana sentiasa ingat kepada rakyat.

“Saya doakan Ketua Menteri terus dimurahkan rezeki dan diharap kepimpinan beliau akan terus kekal untuk menerajui Negeri Melaka,” katanya.

Photo1710851482
ZAHARAH. Foto Iqmal Haqim Rosman

Bagi Abdul Rahim Yaakob, 61, dia berbangga apabila sahabat yang dikenali sejak bangku sekolah kini bergelar pemimpin negeri yang dikenali dengan imej mesra rakyat.

Dia yang merupakan anak jati Kampung Durian Daun, Masjid Tanah berterima kasih kepada Ketua Menteri kerana tidak melupakan aspek kebajikan, khususnya kepada golongan yang memerlukan.

“Sejak dari sekolah, dia seorang yang boleh dibawa bergurau dan sangat mesra. Memang saya tabik kerana keperibadian itu dibawa sehingga sekarang walaupun sudah bergelar pemimpin,” katanya.

Photo1710851378
ABDUL RAHIM. Foto Iqmal Haqim Rosman

Nada sama turut disuarakan ibu tunggal, Rohaini Rahim, 59, dari Kuala Sungai Baru, yang menyifatkan Ab Rauf sebagai seorang figura yang peramah dan mudah didampingi rakyat.

“Alhamdulillah bersyukur rasanya apabila dikurniakan pemimpin yang baik, berbudi bahasa dan peramah, selain suka mendampingi rakyat.

“Sumbangan yang diberikan kepada kami ini juga membuktikan beliau pemimpin yang sangat prihatin dan suka membantu rakyat,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

170
Kongsi :
Previous post Senyuman Ramadan buat warga Tanjung Bidara, Masjid Tanah
Next post Tasik Ayer Keroh kering bukan kerana cuaca panas
Ubah saiz-+=