AB RAUF SANTUNI PEMAIN INDUSTRI PELANCONGAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

BANDA HILIR 13 Oktober – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyantuni pemain industri pelancongan Negeri Melaka dalam satu majlis santai di sebuah restoran di sini hari ini.

Ab Rauf yang tiba kira-kira jam 4 petang turut diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh serta Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman.

Pada majis santai tersebut Ab Rauf bersama Abdul Razak dan Azhar turut menjadi saksi pertukaran dan menandatangi perjanjian persefahaman (MoU) antara Persatuan Pelancongan Negeri Melaka (MTA), Menara Taming Sari Sdn Bhd (MTSB), Bayou Lagoon serta Mahkota Medical Centre (MMC).

Img 20241013 192121 405
AB Rauf, Abdul Razak dan Azhar ketika menjadi saksi pertukaran dan menandatangani MoU antara MTA bersama Menara Taming Sari Berhad; Bayou Lagoon dan Mahkota Medical Centre.

Dalam ucapan ringkasnya, Ab Rauf optimis dan mengajak rakan-rakan pemain industri pelancongan untuk bersama-sama Kerajaan Negeri dalam memacu sektor pelancongan Melaka ke peringkat lebih tinggi.

Ab Rauf turut memaklumkan Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah Hari Pelancongan Dunia (WTD) 2025 selain dipilih sebagai lokasi persidangan menghimpunkan 155 Menteri Pelancongan seluruh negara.

“Saya harap pemain industri pelancongan dapat bersama-sama bekerjasama erat dengan Kerajaan Negeri dalam membawa Melaka ke mata dunia,” ujarnya ringkas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post PIALA TUN TEJA MARTABAT SUKAN TRADISIONAL
Next post 5,000 BERSELAWAT DI SERI BENDAHARA
Ubah saiz-+=