
Ab Rauf santuni bakal haji dan hajah
TANJUNG BIDARA 9 Jun – Seramai 16 bakal haji dan hajah dalam kalangan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara diraikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Ab Rauf menerusi perkongsian di Facebook rasminya berkata, dalam majlis berlangsung di JAPERUN Tanjung Bidara pada 3 Jun lalu, pihaknya meraikan 10 bakal hajah dan enam bakal haji.
“Bersama-sama kita mendoakan agar jemaah daripada DUN Tanjung Bidara ini dipermudahkan segala urusan.
Diharapkan mereka dapat menunaikan rukun Islam kelima itu dengan sempurna dan beroleh haji mabrur,” katanya.
Beliau berkata, selain bertanya khabar dan persiapan dilakukan jemaah untuk ke tanah suci pada majlis sama turut diadakan majlis bacaan doa selamat.
Selain itu semua bakal hajah dan haji terbabit menerima sumbangan tunai Saudi Riyal 200 yang disampaikan oleh Ab Rauf.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WAJAH BAHARU IKAN BAKAR PUNGGOR @ ALAI
TELOK MAS 16 April - Kompleks Ikan Bakar Muara Punggor Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas yang diberikan wajah baharu...
MHISB RAI KAKITANGAN DAN AHLI LEMBAGA PENGARAH PADA JAMUAN AIDILFITRI
AYER KEROH 16 April - Melaka Hari Ini Sdn Bhd (MHISB) meraikan kakitangan dan Ahli Lembaga Pengarahnya pada Majlis Sambutan...
MBMB TAWAR 4 INSENTIF SEMPENA ULANG TAHUN KE-22
KLEBANG 16 April - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menawarkan empat insentif khas kepada pelanggan bersempena Hari Pengisytiharan Melaka Sebagai...
POLIS MELAKA BURU SINDIKET CURI 4X4
AYER KEROH 16 April - Polis Melaka kini giat memburu sindiket curi kenderaan pacuan empat roda yang semakin aktif melakukan...
MELAKA TUAN RUMAH KEJOHANAN MEMANAH TRADISIONAL KEBANGSAAN
TANJUNG BIDARA 16 April - Melaka sekali lagi dipilih sebagai lokasi penganjuran acara bertaraf nasional menerusi penganjuran kejohanan memanah tradisional...
MELAKA ‘HIDUPKAN’ KEMBALI SUKAN POLO AIR
PAYA RUMPUT 16 April - Melaka yakin akan kembali melakar kegemilangan menerusi sukan polo air pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA)...