AB RAUF SAMPAIKAN SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA CALON SPM MAUT DI MERLIMAU

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

JASIN 4 Disember – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyampaikan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Adib Irfan Mohd Nizam, yang meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, awal pagi tadi.

Allahyarham Adib Irfan, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum dilaporkan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas melanggar tembok batu bahu jalan di Jalan Usaha 4 Kilang Berapi ketika dalam perjalanan ke sekolah.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid yang mewakili Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tiba di perkarangan Unit Forensik Hospital Jasin pada jam 12.30 tengah hari tadi bagi menziarahi keluarga Allahyarham.

Abdul Hakim berkata, Ab Rauf menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan amat bersimpati serta berdukacita dengan insiden menyayat hati tersebut

“Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Melaka amat bersimpati dan berdukacita dengan insiden menyayat hati ini yang telah mengorbankan nyawa Allahyarham Adib Irfan.

“Semoga Allahyarham Adib Irfan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya kepada Melaka Hari Ini di Unit Forensik Hospital Jasin, di sini, hari ini.

Tambahnya, Ketua Menteri turut mendoakan agar keluarga mangsa dikurniakan kekuatan dan ketabahan selepas kehilangan insan tersayang.

Dalam lawatan tersebut, Abdul Hakim turut menyampaikan sumbangan daripada Ab Rauf kepada keluarga Allahyarham.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

356
Kongsi :
Previous post KKDW SEDIA RUMAH BAHARU, BAIK PULIH KEDIAMAN DI DESA TERJEJAS BANJIR – TPM AHMAD ZAHID
Next post DI MANA NIVESHINI?
Ubah saiz-+=