
Ab Rauf promosi Festival TMM2024 di Malaysia Hari Ini
PETALING JAYA 14 Julai – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mempromosikan Festival Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM 2024) dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di Sri Pentas, Bandar Utama, di sini, hari ini.
Ab Rauf berkata, festival berkenaan akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Malaysia Tourism Centre (MaTiC) Kuala Lumpur, malam ini.
“Sesekali keluar televisyen pagi ini, saya bersiaran di Malaysia Hari Ini (MHI) TV3 bersama Pengacara, Sofea Nur Solehha Tun.
“Dalam temubual ini saya berkongsikan mengenai pelancaran Festival TMM 2024 yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi di MaTiC Kuala Lumpur, malam ini.
“Saya turut kongsikan, sebanyak 12 acara pelancongan utama akan diketengahkan sepanjang TMM 2024 yang dijangka mampu menarik sehingga 18.7 juta pelancong pada tahun hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasmi.
Hadir sama, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman; Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron dan wakil Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Al-Junid.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERKENAL MENARA TAMING SARI KEPADA DUNIA
BANDA HILIR 22 April - Pemilihan Melaka sebagai tuan rumah penganjuran Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Forum Pelancongan...
POLIS BURU LELAKI KES SAMUN RANTAI EMAS BERSENJATA PARANG
SHAH ALAM 22 April - Polis sedang menjejaki sekumpulan lelaki yang disyaki melakukan jenayah samun menggunakan parang di sebuah kedai...
‘PETTING ZOO’ KEMUDAHAN SUKAN LASAK BAKAL JADI TARIKAN BAHARU TETC
RIM 22 April - Kemudahan di Taman Extreme Tasik Chinchin (TETC) akan terus dinaik taraf bagi memastikan lokasi itu terus...
SUNGAI RAMBAI LOKASI PENGANJURAN FESTIVAL HELLO KOMODITI 2025
SUNGAI RAMBAI 22 April - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi dipilih menjadi lokasi karnival peringkat kebangsaan menerusi...
KETUA POLIS BALAI DITAHAN POSITIF DADAH BAKAL BERDEPAN TINDAKAN TATATERTIB
KUALA LUMPUR 21 April - Seorang ketua polis balai yang ditahan kerana disyaki mengambil dadah ketika berada di sebuah pusat...
19 PELAJAR KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA PAMER KEMAHIRAN DANDAN RAMBUT
BANDA HILIR 21 April - Seramai 19 pelajar Diploma Dandanan Rambut Kolej Komuniti Kota Melaka mempamerkan kemahiran dandanan rambut, solekan...