Sorting by

×

AB RAUF MAHU RAKYAT MELAKA ADA PEKERJAAN TETAP, KEHIDUPAN STABIL

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

SERI NEGERI 17 April – Selain pelancongan, antara misi utama Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh adalah menjadikan Melaka sebuah negeri pilihan pelabur, seterusnya memacu ekonomi negeri ke satu tahap lebih baik.

Ab Rauf berkata, usaha itu tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk memastikan rakyat Melaka memiliki pekerjaan tetap dan seterusnya menjalani kehidupan lebih stabil.

Dengan pembukaan tiga lagi kawasan perindustrian baharu iaitu MCORP Hi-Tech Park (daerah Alor Gajah), German Technology Park (daerah Melaka Tengah) dan Elkay 2.0 (daerah Jasin), ia menjadikan Melaka kini mempunyai 27 zon perindustrian yang berupaya membuka lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat di negeri ini.

“Sudah menjadi sifat semula jadi setiap insan di muka bumi ini untuk menempuh pelbagai peringkat sejak kecil hinggalah dewasa dengan keinginan untuk memiliki pekerjaan dan seterusnya mendirikan rumah tangga untuk memulakan kehidupan baharu.

“Jadi, semua ini memerlukan satu peluang yang dicipta oleh Kerajaan Negeri dan pastinya kita mahu memastikan pelabur terus memilih Melaka supaya pada akhirnya semua itu akan kembali kepada rakyat dengan peluang pekerjaan.

“Insya-Allah kita akan berterusan memastikan pecahan ‘kek ekonomi’ ini dapat memberikan rakyat Melaka peluang-peluang pekerjaan atas dasar kestabilan kerajaan dan politik yang ada di Melaka,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian pada wawancara khas bersama Melaka Hari Ini sempena ulang tahun kedua pentadbiran Ketua Menteri Melaka Ke-13 di Pejabat Ketua Menteri, di sini.

**Ikuti wawancara penuh bersama Ketua Menteri yang disiarkan dalam tiga bahagian di semua platform Melaka Hari Ini dan Melaka TV.

Pautan: https://www.facebook.com/MelakaHariIniOfficial/videos/692421326558681

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

873
Kongsi :
Previous post KALENDAR PELANCONGAN MELAKA SEMAKIN RANCAK BERMULA JUN
Next post SM-WEZ KAWASAN ‘IBU NEGERI’ BAHARU MELAKA